top of page
shopee-logo.png

Find us on :

DONG QUAI - GINSENG WANITA

BLOG A&T

BLOG A&T  >  Dandelion - Detoks & Kawal Diabetes

Dikemaskini : 15 Mei 2018

 

PENGENALAN

 

Taraxacum merupakan genus tumbuhan berbunga besar dalam keluarga Asteraceae, yang terdiri daripada spesies yang dikenali sebagai Dandelion. Ia berasal dari Eurasia dan Amerika Utara, tetapi dua spesies yang biasa di dunia iaitu Taraxacum officinale dan Taraxacum Erythrospermum diperkenalkan di Eropah. 

Dandelion merupakan tumbuhan yang banyak tumbuh sebagai tanaman liar. Bunganya berwarna kuning dan berdaun hijau yang bentuknya bergerigi. Tumbuhan ini diberi nama Dandelion kerana bentuk daunnya yang bergerigi. Secara bahasa, perkataan dandelion berasal dari bahasa Perancis 'dents de lion' yang bermaksud gigi singa.

 

Bunga Dandelion

Kredit Foto : George Becker

Daun & Akar Dandelion

Kredit Foto : Manfred Ruckszio

Daun bergerigi yang ada pada dandelion bertujuan untuk membolehkan air yang mengalir masuk ke akarnya. Akar Dandelion berwarna coklat gelap serta rapuh.  Ia mengandungi getah yang berwarna putih seperti susu yang rasanya pahit namun memiliki aroma yang sedap.

 

Keseluruhan bahagian dandelion termasuk daun, batang, bunga, dan akar boleh dimakan kerana mempunyai banyak zat dan nutrisi. Dandelion ditemui di 6 benua dan telah digunakan dalam masakan sejak zaman terdahulu dan menjadi sebahagian daripada masakan tradisional masyarakat Kashmir, Albania, Slovenia, Sephardic, Cina, dan Korea.

WARNA DANDELION

Warna kuning Dandelion adalah sangat signifikan. Disebabkan itu warna Dandelion dijadikan warna-rujuk untuk salah satu tona kuning.

KEGUNAAN

1. Melancarkan perkumuhan

Dandelion mempunyai sifat diuretik semulajadi yang mampu meningkatkan pengeluaran sisa tosik dari buah pinggang dan saluran kencing. Ia juga mempunya sifat disinfektan yang mampu menghalang pertumbuhan bakteria pada saluran kencing.  

Dandelion boleh digunakan sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai keadaan yang memerlukan rawatan diuretik ringan, seperti masalah pencernaan yang buruk, gangguan buah pinggang, gangguan hati serta tekanan darah tinggi.

 

2. Memperbaiki sistem pencernaan

 

Dandelion boleh digunakan sebagai ubat untuk mengekalkan kesihatan sistem pencernaan. Akar Dandelion dipercayai mempunyai kesan laksatif ringan yang sering digunakan untuk membetulkan masalah pencernaan seperti sembelit.

 

Akar dandelion akan meningkatkan kesihatan dan meningkatkan fungsi bakteria baik pada saluran pencernaan. Di samping itu, akar dandelion juga dapat memperbaiki fungsi hati dan fungsi pundi kencing.

 

3. Meningkatkan selera makan

 

Dandelion diluluskan oleh German Commission E sebagai penawar untuk masalah kehilangan selera makan. Ia membantu merangsang aliran hempedu dan memulihkan fungsi hati. Hati yang berfungsi dengan secara normal membantu dalam memulihkan selera makan.

 

4. Penjagaan Diabetes 

 

Dandelion boleh membantu merawat diabetes dengan merangsang perembesan insulin dari pancreas seterusnya mengekalkan tahap gula dalam darah yang rendah. Dandelion adalah diuretik dalam keadaan semulajadinya dan ia mampu membantu meningkatkan pengaliran air kecil dalam pesakit diabetes. Oleh itu, ia membantu mengeluarkan lebihan gula dari dalam badan.

  

5. Penjagaan Kulit

 

Dandelion mengandungi kadar antioksidan yang tinggi. Kandungan antioksidan yang tinggi membantu mencegah kerosakan sel. Ini menjadikannya sebagai penjagaan dan perawatan kulit yang hebat terutamanya untuk mengelakkan jerawat.

6. Detoksifikasi Dan Penjagaan Hati

Dandelion membantu detoksifikasi hati dan meningkatkan produksi hempedu. Disebabkan itu, ia dipercayai penting untuk penghapusan toksin yang disimpan di dalam hati kesan daripada ubat-ubatan farmaseutikal.

KESELAMATAN

 

Debunga dandelion boleh menyebabkan alahan pada sesetengah orang apabila dimakan, atau reaksi kulit yang teruk pada individu yang sensitif. “Contact dermatitis” juga telah dilaporkan yang barangkali berpunca daripada lateks pada batang dan daun. Dandelion juga mempunyai kandungan kalium yang tinggi hingga boleh meningkatkan risiko hiperkalemia apabila diambil dengan ubatan diuretik (potassium sparing diuretics).

DANDELION POWDER EXTRACT

 

Serbuk Ekstrak Dandelion digunakan di dalam formulasi :

 

- produk pencegahan/pengawalan diabetes

produk penjagaan berat badan

- produk penjagaan hati & jantung

- produk kesihatan umum

 

* Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut mengenai Dandelion Powder Extract.

CONTOH PRODUK

 

Contoh produk yang menggunakan Dandelion:

Tablet : Nutrilite

Milk Thistle & Dandelion

Kredit Foto : Amway

Teh : Gaia Herbs

Diet Slim

Kredit Foto : Amazon

Tincture : A.Vogel

Dandelion

Kredit Foto : A.Vogel

Kapsul : Amazing Nutrition

Amazing Formulas

Kredit Foto : Amazing Nutrition

Sachet : Ultra D'Tox

Daily Cleanse

Kredit Foto : GoodMedic

Semoga bermanfaat.

 

Bacaan lanjut : 

Utama  >  Info Bahan Mentah  >  Detoks & Kawal Diabetes  ˄  Info Umum  >  Tahukah Anda  > 

bottom of page