SHATAVARI - HERBA UNTUK KESUBURAN
BLOG A&T
BLOG A&T > Shatavari - Herba Untuk Kesuburan Wanita
Dikemaskini : 13 Jun 2017
PENGENALAN
Shatavari atau nama saintifiknya Asparagus racemosus merupakan herba yang penting di dalam perubatan Ayurveda (perubatan tradisional India). Ia bukanlah sayuran Asparagus yang sering digunakan dalam masakan tetapi ia daripada genus yang sama.
Shatavari mempunyai banyak kebaikan dan yang paling diketengahkan adalah kebaikkanya kepada kesihatan wanita terutamanya untuk kesuburan.
Nama "Shatavari" sendiri adalah daripada bahasa India yang bermaksud :
-
“curer of a hundred diseases” (penyembuh 100 seratus penyakit)
-
“100 spouses” (seratus pasangan)
-
“who possesses a hundred husbands” (yang memiliki 100 suami)
Setiap bahagian tumbuhan Shatavari mempunyai kebaikan yang tersendiri namun bahagian yang sering digunakan untuk tujuan perubatan adalah bahagian akarnya.
Pokok Shatavari
Kredit Foto : Vaividyamu @Blogspot
Akar Shatavari
Kredit Foto : Wasanajai @Shutterstock
KEGUNAAN
Antara kegunaan dan kebaikan Shatavari adalah :
1. Penstabil Hormon. Shatavari adalah herba "phytoestrogenic" iaitu bersifat mengawal penghasilan estrogen (hormon wanita). Selain itu ia juga membantu kelenjar "anterior pituitary" dimana kelenjar ini berfungsi menghasilkan "luteinizing hormone (LH)". LH berfungsi untuk memacu ovulasi sekaligus meningkat kesuburan kepada wanita
2. Kesihatan Buah Pinggang Dan Hati. Shatavari bersifat "diuretic". Ia membantu badan menggeluarkan cecair-cecair berlebihan dan sangat bermanfat bagi wanita yang mengalami masalah pembendungan air (water retention) yang disebabkan oleh ketidakstabilan hormon.
3. Kawalan "Stress". Shatavari adalah herba "adaptogen" iaitu herba yang membantu mengimbangi "stress". Ia adalah baik bagi wanita yang mengalami kemurungan dan "stress" akibat ketidakstabilan hormon.
4. Kesihatan "mocous membranes". Shatavari bersifat "mucilaginous" membuatkan ianya baik untuk membantu kesihatan "mocous membranes". "Mucous membranes" di bahagian servik yang sihat dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kekeringan vagina.
5. Membanyakkan Susu Ibu. Shatavari adalah herba "galactogogues" yang berfungsi merangsang penghasilan susu ibu.
Selain kebaikan kepada wanita, Shatavari juga mempunyai kebaikan kepada lelaki untuk fungsi kesuburan.
Shatavari juga merupakan herba "nootropic". Walaupun tidak sehebat nootrpic lain seperti Ginkgo Biloba, Shatavari sedikit sebanyak memberikan kecerdasan kepada minda.
KESELAMATAN
Shatavari mempunyai fungsi meningkatkan hormon, maka dengan itu ia TIDAK DIGALAKKAN diambil oleh wanita yang memunyai tumor berkaitan estrogen. Disebabkan Shatavari daripada kumpulan tumbuhan yang sama dengan Asparagus, ia TIDAK DIGALAKKAN diambil oleh mereka yang mempunyai alahan kepada Asparagus. Bagi mereka yang mengambil perubatan "Diuretic" lain, Shatavari dihendak diambil dengan BERHATI-HATI.
BAHAN MENTAH
Shatavari Powder Extract
(Serbuk ekstrak Shatavari)
Serbuk Ekstrak Shatavari digunakan di dalam formulasi :
- produk kesihatan wanita
- produk kesuburan wanita
- produk "milk booster"
- produk kesihatan umum
* Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut mengenai Shatavari Powder Extract.
CONTOH PRODUK
Contoh produk yang menggunakan Shatavari :
Produk Shatavari - Caplets
Kredit Foto : iHerb
Produk Shatavari - Granule
Kredit Foto : Health By Ayurverda
Produk Shatavari - Kopi
Kredit Foto : Local Queen
Produk Shatavari - Teh
Kredit Foto : Traditonal Medicinals
Produk Shatavari - Capsul
Kredit Foto : Planet Organic
Produk Shatavari - Minuman
Kredit Foto : Swadeshaj
Utama > Info Bahan Mentah > Shatavari - Herba Untuk Kesuburan ˄ Info Umum > Tahukah Anda >