"SILPHIUM" - HERBA YANG TELAH PUPUS
BLOG A&T
BLOG A&T > Silphium - Herba Yang Telah Pupus
Dikemaskini : 08 Jun 2017
Silphium (juga dikenali dengan nama silphion, laserwort, lasar dan laser) merupakan tumbuhan herba kuno yang dahulunya digunakan dengan meluas di dalam masakan dan perubatan. Malangnya tumbuhan ini telahpun mengalami kepupusan dan kini hanya tinggal lakaran dan teori berdasarkan catatan-catatan orang terdahulu.
Silphion [σίλφιον]
Kredit Foto : Ukuchu @Taringa
Silphion [σίλφιον]
Kredit Foto : Silphium Food
Mengikut rekod sejarah, ketika peradaban Greek-Kuno, penggunaan Silphium yang sangat meluas di bandar Cyrene (sebuah bandar penting di era Greek-Kuno) menyebabkan ia telah menjadi barang dagangan utama dan sangat penting kepada ekonomi Cyrene sehinggakan lambang Silphium ditempa pada matawang perak (syiling) mereka.
Kredit Foto : News Coin Update
Kredit Foto : Edgar Lowen
Kredit Foto : Roma Numismatics
Tinggalan Bandar Cyrene (Libya)
Kredit Foto : Wikimedia
Tinggalan "Temple of Zeus" di Cyrene
Kredit Foto : Wikimedia
Silphium mendapat permintaan yang tinggi kerana fungsinya yang dikatakan boleh digunakan sebagai kontrasepsi (mencegah kehamilan) dan sebagai bahan untuk menggugurkan kandungan selain untuk rawatan batuk, sakit tekak, demam, dan lain-lain.
Punca sebenar kepupusan herba ini masih tidak dapat dipastikan namun kemungkinan yang terdekat adalah faktor perubahan cuaca atau terlebih tuaian (tuaian tak terkawal) kerana permintaan yang sangat tinggi.
Silphium Dan Simbol Hati
Telah menjadi perbincangan dan spekulasi sejarawan mengenai hubungan Silphium dengan simbol hati ( ❤️️ ) kerana terdapat matawang perak (syiling) dari Cyrene yang berbentuk sama dengan simbol hati. Dipercayai gambaran di matawang tersebut adalah benih kekacang (pod) Silphium.
Kredit Foto : Archaic Wonder
Kredit Foto : Wikipedia
Utama > Info Bahan Mentah > Info Umum > Tahukah Anda > "Silphium" - Herba Yang Telah Pupus ˄